Pages

Monday, August 27, 2012

Pengalaman teman baikku - 3

Masa result SPM keluar, aku pergi temankan Ju ke Ipoh ambil result dia dulu, tu pun pergi naik bas asing-asing. Sampai Ipoh baru jumpa. Lepas aku dah hantar Ju naik bas balik ke kampung baru aku naik bas pergi Seremban dan ambil result aku. Syukur, result aku dengan Ju tak banyak beza. Kami sama-sama isi borang UPU untuk masuk ke universiti lepas tu. Selama aku dan Ju bercouple hampir 2 tahun tu, family kitorang tak ada siapa yang tahu. Kira kami pandai la jaga kelakuan bila kat rumah. Cabaran dan dugaan dalam percintaan pun tak pernah wujud dalam hidup aku dan Ju. Sehinggalah peristiwa mak aku dan mak Ju bergaduh kira-kira sebulan selepas result SPM keluar.

Aku sebenarnya tak tau apa punca pertikaian mak aku dengan mak Ju ni, pasal mak aku tak Nak cerita pulak. Yang aku tau, dia cukup dendam dengan mak Ju. Aku dilarang pergi ke rumah Ju lagi selepas tu. Nak kata apa pulak lagi, kan? Mak dah tak kasi, Nak buat camana? Tapi yang bestnya, mak Ju tak pulak macam mak aku. Dia okey aje aku kawan dengan Ju. Mungkin pasal Ju dah cerita kot pasal kami dekat mak dia. Aku tak berani Nak cerita kat mak aku. Karang tak pasal-pasal kena perli. Mak aku ni jenis pendiam, tapi pendendam. Dia tak berleter, cuma perli aje, tapi tajam gila perli dia. Sedas pagi, sedas lagi time lunch, masa minum petang lagi satu das, esok lagi, lusa, tulat. Tak habis-habis. Jadi aku berhubung dengan Ju pakai surat aje la lepas kena sound dengan mak aku tu.

Seminggu sebelum Ju masuk universiti, family dia pindah ke Setapak. Rumah yang kat kampung tu actually tuk dia punya. Aku takat dapat tengok aje la dari jauh masa Ju meninggalkan kampung aku. Nak rapat tak boleh, karang naya pulak aku kena dengan mak aku.. Hehheh. Aku dan Ju sama-sama masuk universiti dalam kursus yang sama. Nasib baik la kami duduk kolej kediaman lain-lain. Kalau tak payah jugak kot-kot mak aku bertembung dengan mak Ju. Masa orientasi, Ju kata ramai jugak senior Nak tackle dia, dia of course la tak layan. Memang NGAM la awek aku ni. Lepas tu, aku dengan Ju macam biasa la, jadi belangkas ke sana ke sini berdua aje. Peristiwa yang aku ceritakan masa yang lepas tu jadi time kami di tahun 3 pengajian. Nasib baik Ju tak mengandung.

Lepas peristiwa tu aku dan Ju macam makin mesra, lebih daripada sebelumnya. Cuma kitorang tak la mengulangi adegan-adegan di pejabat aku tu lagi. Back to ringan-ringan aje. Tu pun tak selalu. Nasib baik la Ju faham dan insaf(?) serta tak menyangka yang bukan-bukan. Kalau orang lain dah tentu ingat aku tak serious Nak kawin dah. Kami grad 4 tahun lepas. Aku continue kerja dengan syarikat insurans manakala Ju pulak kerja kat syarikat swasta kat Damansara Utama. Perhubungan kami masih lagi jadi rahsia pada keluarga aku. Aku cuba jugak kenen-kenen kat mak aku pasal mak Ju, tapi dia masih berdendam tak habis-habis. Tak jadi aku Nak bagitau mak aku yang aku Nak kawin dengan Ju. Tapi, lepas raya tahun 96, mak aku tiba-tiba pinangkan sorang gadis kat kampung untuk aku.

Masa tu aku kat Key Ell, aku dapat tau pun bila peminangan tu dah pun diterima. Lepas mak aku call, aku terus aje masuk kereta, drive balik kampung malam tu jugak. Mak aku kata macam-macam la pasal budak tu, baik la, cantik la, sopan la.. Macam la aku tak kenal kat dia. Tiga orang abang budak tu kawan aku start dari kecik lagi. Sorang tua setahun, sorang sebaya dan sorang lagi bawah aku 2 tahun. Dah la dia anak angkat mak aku pulak tu. Jenuh aku tepis kiri kanan, tapi bila aku tengok muka mak aku dah lain aje, aku tak sampai hati Nak tolak. Mulut aku cakap terima tapi hati aku dah sebak mengenangkan Ju. Malam tu Ju call handphone aku, aku tak cerita lagi bab aku Nak bertunang. Tak sampai hati.

Buat kali pertama dalam sejarah perhubungan aku dan Ju, aku berbohong dengan dia. Aku katakan mak aku tak sihat. Bila aku balik Key Ell, aku cuba la buat macam biasa dengan Ju, dengan harapan dia tak perasan apa-apa. Tapi bila dah lama berkawan, macamana bagus pun lakonan aku, Ju masih lagi perasan ada benda yang tak kena. Aku katakan aku risau pasal mak aku kat kampung. Nasib baik la cerita aku bertunang tu tak merebak sampai ke telinga Ju. Aku dapat rahsiakan dari dia, sehinggalah.. Hari perkahwinan aku dengan Anizar tinggal seminggu aje lagi. Aku ajak Ju dan mak dia balik kampung bersama aku. Aku katakan ada kenduri mak aku Nak buat minggu depan. Aku cakap kat mak aku pulak yang kerja kat office punya la banyak sangat sampai aku tak boleh balik kampung sehingga tengahari sebelum aku bernikah.

Nasib baik mak aku percaya cakap aku. Aku sampai ke kampung pada minggu depan tu bersama Ju dan mak dia. Ju tak suspect apa-apa bila dia tengok ramai orang kat rumah aku pasal dia percaya mak aku Nak buat kenduri. Sebulan sebelum tu aku dah mintak tolong kat atuk Ju agar dapat merahsiakan cerita sebenar dari Ju. Aku katakan aku Nak Ju dengar dari mulut aku sendiri. Nasib baik la atuk Ju tak maki aku. Jenuh jugak aku Nak explain kat dia. Last-last dia paham jugak maksud aku. Malam tu, lepas Maghrib kat rumah aku ada kenduri doa selamat, orang kampung aku memang biasa buat macam tu, pasal nikah lepas Isyak. Abang-abang aku jemput jemaah surau aje. Atuk Ju pun ada kena jemput sama.

Masa diorang sampai, aku yang sambut, salam semua orang. Masa aku salam dengan atuk Ju, dia bisik kat telinga aku yang Ju dah tau cerita, ada sorang makcik Ju terlepas cakap depan dia petang tadi. Terkejut beruk aku. Punya la risau, macamana aku Nak explain kat Ju nanti? Aku dah tak berapa Nak consentrate masa nikah lepas tu, ada aje yang silap, sampai Tok Naib (Naib Kadi mukim) tegur. Rasanya aku kena ulang lafaz akad dekat 7-8 kali la kot? Aku pun tak berapa ingat dah. Pagi lepas aku nikah tu aku senyap-senyap turun rumah, capai motor dan pegi rumah Ju. Mak Ju yang bukakkan pintu.

"Ju ada kat atas.."
"Rie mintak maaf, makcik."

Mak Ju mengangguk lemah. Aku naik ke bilik Ju. Sampai aje kat depan bilik Ju aku tarik nafas panjang dan ketuk pintu.

"Ju.. Tolong bukak pintu ni." Senyap.
"Ju.. Please.. Let me explain.. Ju.. Dengar my side of the story.. Please.. Sayang.. Ju.."

Tap. Selak pintu jatuh. Pintu bilik terkuak sikit. Aku telan air liur dan masuk ke dalam. Ju tengah duduk atas katil sambil peluk teddy bear besar yang aku hadiahkan dulu tu. Aku tengok mata dia merah berair. Aku duduk kat depan Ju dan pelan-pelan aku ambik tangan dia letak kat pipi aku.

"Rie mintak maaf sayang. Semua ni rancangan mak. Rie tak dapat Nak tolak. Rie dah cuba, tapi mak dah berharap sangat. You paham, kan, perangai mak macamana? Rie tak sanggup Nak mengecewakan mak."

Aku cuba Nak memujuk. Ju diam. Air mata dia mengalir jatuh atas teddy bear.

"Rie janji, kita akan kawin juga nanti. Give me a chance.. No, give us a chance, okay? Rie janji, enam bulan lagi kita kawin, ya sayang?"
"Kalau Ju ikutkan hati ni memang Ju dah halau Rie keluar. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa Rie tak terangkan kat mak Rie pasal kita? Kenapa Rie tak pikirkan pasal Ju? Kenapa Rie sanggup kecewakan Ju macam ni? Kenapa Rie boleh buang janji Rie pada Ju? Kenapa.. Kenapa.."

Ju teresak-esak. Aku diam aje. Tangan Ju aku genggam erat-erat.

"Rie sedar.."

Kata-kata aku termati di situ. Lama jugak aku dan Ju duduk melayan perasaan masing-masing. Sedih aku tengok buah hati aku macam tu. Aku rapat dengan Ju dan peluk dia. Ju makin kuat teresak-esak sambil menumbuk dada aku. Aku mula mencium pipi, dahi, mata dan hidung Ju. 2-3 kali aku ulang sebelum bibir aku memaut bibir Ju dalam kucupan yang amat panjang. Tangan dia mula memeluk leher aku sambil mengusap-usap rambut aku.

"Rie, Ju.. Mak dah siapkan makan pagi kat luar ni."

Suara mak Ju memecah kesunyian. Pelan-pelan aku melepaskan pautan bibir Ju dan merenung muka dia. Air mata Ju masih lagi mengalir membasahi pipi gebunya. Aku bangun, menarik Ju berdiri dan memimpinnya ke pintu. Kami keluar beriringan dan duduk mengadap juadah sarapan pagi. Aku dan Ju sama-sama diam sambil makan. Lepas tu, time aku meninggalkan rumah Ju, dia sempat mencium pipi aku dan melambai lemah sambil bibirnya mengucapkan, "I love you" tanpa mengeluarkan suara.

Aku naik motor dan balik ke rumah dengan perasaan kesal kerana telah mengecewakan Ju. Malam pertama bagi aku dan Anizar tak la seperti orang lain. Mungkin pasal aku, satu; sedih mengenangkan Ju, dan dua; letih melayan kawan-kawan sekampung aku yang tak habis-habis mengusik. Abang-abang ipar aku pun join sekali. Sabar je la. Sampai pukul 2 pagi baru la diorang balik. Masa aku masuk bilik pengantin, Ani (panggilan untuk Anizar) dah tidur. Aku tukar baju dan baring. Bila aku lelap pun aku tak sedar. Aku dah la tidur mati pulak tu.

Time aku sedar, hari pun dah pagi. Ani pulak dah tak ada kat dalam bilik. Dia pergi tolong mak dia siapkan sarapan la kot. Lepas mandi, sarapan apa semua, aku lepak dengan abang-abang ipar aku kat tengah rumah. Walaupun aku kawin dengan adik diorang, sori la aku Nak panggil depa abang.. Hehheh. Panggil nama aje la, kau aku kau aku. Bila teringat balik bab aku kawin dengan Ani ni, aku kadang boleh gelak sorang-sorang. Lawak betoi. Masa aku dan Ani diarak ke rumah aku tengahari tu, aku sempat mencuri tengok rumah atuk Ju. Tingkap bilik Ju tertutup rapat. Nampak macam tak ada orang aje kat rumah tu. Nak call pakai handphone, masa tu dah dekat sangat Nak sampai rumah aku.


Bersambung . . . . ..

0 comments:

Post a Comment